Wednesday, March 16, 2011

Penantian


Sufi sedaya upaya cuba untuk melampau akal fikiran dan nafsunya, kerana ia tahu inilah yang  menjadi batu penghalang dalam ushanya untuk menemui kekasihnya yang sejati. Hanya setelah ia berjaya mengatasi akal fikiran dan nafsunya baru ia dapat terserap ke dalam lautan keesaan yang tidak terbatas.

Melampau akal fikiran dan menakluki nafsu bukanlah suatu kerja yang mudah, ia memerlukan komitmen yang tinggi dan masa yang amat panjang, mungkin bertahun-tahun dan mungkin juga setelah maut menghampiri  ia masih tidak terlaksana. Tapi bagi sang pencinta ini bukanlah menjadi masalah kerana cintanya tidak bertepi dan ia sanggup melakukan apa saja untuk mencapai matlamatnya.

Untuk melampau akal fikiran dan nafsu sang pencinta, perlu menciptakan ruang kosong nan hening lagi tak bertepi, yang mana membolehkannya untuk menyadari kehadiran sang kekasihnya.
Yang dikasihi ingan sangat untuk memperkenalkan dirinya kepada sang pencinta, bagaimanapun ini adalah merupakan anugarah daripadanya, dan bukan kerana usaha yang dilakukan oleh sang pencinta. Jadi sang pencinta haruslah bersabar menunggu bilakah masanya yang dicinta mahu memberikan anugerah yang sangat bernilai itu.

Setelah masuk ke dalam ruang kosong nan luas itu, sang pencinta hanya bersabar menunggu, hingga yang dicinta bermurah hati untuk menyapanya, dan dengan itu bermulalah satu ikatan keesaan yang tidak akan terleraikan oleh apa pun.  Dalam keheningan qalbu, sang pencinta menunggu yang dicintai, tanpa jemu dan tanpa keluh kesah, hanya berserah dengan sepenuh hati agar yang dicintai cepat dapat menegurnya.  Dalam hubungan ini, tafakur adalah keadaan menunggu, agar  yang dikasihi  mengambilnya masuk ke dalam makam keesaan, makam kesatuan nan tak terbatas. Keadaan tenang dan bening ini tidak hanya berlaku dalam tafakur sahaja tetapi perlulah dibawa dalam kehidupan seharian.

Dengan ini  sang pecinta dapat mendengarkan kata-kata nasihat,  petunjuk dan bimbingan daripada yang dikasihinya. Bagaimanapun, pada peringkat awalnya, keadaan hening dan bening ini sangat sukar untuk dicapai  dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian, kerana keperluan kehidupan duniawi yang tidak mahu mengalah. Itulah sebabnya pada permulaan sang pecinta memerlukan ruang tafakur yang sunyi dan suci daripada duniawi yang mengganggu, setelah ia mantap dalam keadaan itu, barulah mudah baginya untuk membawa keheningan itu ke dalam kehidupan sehariannnya.

Dengan latihan tafakur yang berterusan fikiran dapat dikosongkan (fikiran tidak bergerak lagi) bagi membolehkan sang pecinta mendengarkan suara sang kekasihnya.
Sang pecinta harus belajar dan menjadi mahir dalam seni mendengarkan kata-kata yang akan dikatakan oleh sang kekasihnya, dia harus belajar untuk diam kerana mendengarkan hanya akan dapat dilakukan dalam suasana keheningan qalbu, dan hanya dalam keheningan sang pencinta akan dapat mendengarkan kata-kata dari  yang dicintainya.

Dalam suasana yang hening dan bening itu sang pencinta juga boleh belajar  untuk bertanya bagi mendapatkan bimbingan daripada sang kekasihnya.  Di samping itu, dengan tenggelam dalam lautan keheningan qalbu sang pencinta dapat berbicara secara langsung dengan sang kekasihnya.
Dalam suasana kekosongan dan keheningan yang amat luas ini sang pecinta akan  mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang selama ini membingungkan dirinya
Tetapi kadangkala sang pecinta terpaksa menunggu lama untuk mendengarkan kata-kata daripada yang dikasihinya. Perlu diingat seni mendengarkan ini memerlukan kemahiran yang amat seni pula.

Dalam perkara ini sufi terkenal Jalaluddin Rumi, menyatakan begini (  ana biarkan dalam bahasa asalnya,  kerana ana tidak mahu maksud sebenarnya tidak sampai kepada pembaca):
Make everything in you an ear,  each atom of your being, and you will hear at every moment what the Source is whispering to you,  just to you and for you,  without any need for my words or anyone else’s. You are—we all are—the beloved of the Beloved,  and in every moment,  in every event of your life,  the Beloved is whispering to you exactly what you need to hear and know. Who can ever explain this miracle?  It simply is. Listen and you will discover it every passing moment.  Listen, and your whole life will become a conversation in thought and act between you and Him, directly, wordlessly, now and always.
Secara  globalnya kata-kata Rumi itu bermaksud jadikan setiap atom dalam diri ante sebagai deria telinga yang akan dapat mendengarkan kata-kata, tanpa huruf tanpa suara dan tanpa warna daripada sang kekasih bagi panduan sang pencinta setiap saat.

Kesimpulannya,  melalui tafakur sang pencinta belajar tentang seni diam, receptif,  kosong dan penuh perhatian. Sang pencinta belajar mendengarkan dengan telinga qalbunya. Dengan mengatasi fikiran dan nafsu dalam tafakur sang pecinta juga belajar untuk memulangkan atau menyerahkan dirinya kepada penciptanya  yang tidak dapat difikirkan dan dibayangkan dan yang maha meliputi.

Dalam tafakur juga  qalbu sang pencinta disinari cahaya Ilahi, yang secara fizikalnya dapat mengubah  tekstur qalbu,  membuatkannya lebih mudah dibimbing olah sang kekasihnya.
Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment